LIRIK LAGU ALBUM-ALBUM M.NASIR

Album SOLO

TARI CINTA RIMBA MISTIKAL
(Lagu : M.Nasir / Senikata : Dr Wan Zawawi)

Tinggallah, 
segala sengsara 
Kembalilah bersama tari cinta ku 
Meniti masa purnama purba 
Membelai tangisan mimpi-mimpi suci 
Di rimba mistikal 

Bebaslah, 
segala cahaya 
Memancar sinarnya ke rimba mistikal 
Yang kian ternoda 
Memancar rahsianya ke rimba mistikal 
Yang kian ternoda 

Oh rimba, rimba mistikal 
Dengarlah suara batinku 
Oh rimba, rimba mistikal 
Kini semakin bergelora 

Oh........oh! 
Oh rimba, rimba mistikal 
Dengarlah suara batinku 
Oh sayang marilah kita 
Menari kerana cintanya 
Oh sayang marilah kita 
Menari kerana rimbanya 

Oh rimba, rimba mistikal 
Dengarlah suara batinku 
Oh rimba, rimba mistikal 
Diri semakin bergelora 
Oh sayang marilah kita 
Menari kerana cintanya 
Oh sayang marilah kita 
Menari kerana rimbanya 
Oh sayang marilah kita 
Menari kerana cintanya 
 
 
 
 

MUSTIKA
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Kau, 
yang berselindung di balik sutera 
Warnamu pelangi 
Engkau, 
mustika hati 
pesona cinta mahligai rindu 

Malam dingin yang kejam 
Aku tiada gentar 
kerna cintamu 

Mistri alam yang terbongkar 
Lena jadi sedar 
Kerna kasihmu 

Yang dulu ku cari 
rupa-rupanya ada di sini 
Dan, 
Yang bermain di mimpi 
menjelma lah engkau dalam realiti 

Dulu lalu depan mata 
Tapi ku tak hirau 
Ku tak peduli 

Tapi setelah ku tahu 
Hanya engkau teman 
Kau tak ku lepaskan 

Mustika..ooooo 
Mustika 

Mestikah aku menjadi penanti 
Pelukan cinta sakti mu itu 
Aku tak sabar menantikan esok hari 
Bawalah daku bersamamu 
Oh Mustika, hatiku..ooooh 

Mustika..ooooo 
Mustika 
 

 
RAJAWALI TERBANG TINGGI
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Dengar gendang genderang 
Gema menghentam dada 
Seluruh nusantara 
Rentak yang sama 

Pergolakan drama manusia 
Masing-masing mahu buktikan 
kuat lemah 

Langit mana pun sama 
bulan pun redha 
Sinar bumi ayahku 
dan ayah mu jua 

Gugur daun di telapak tangan 
Terpijak ranting di jalanan 
Aku rindu 
oh kampung ku 
Aku tak mahu dijadikan hamba lagi 
Aku tak mahu dijajah lagi 
Biar berkubur jasad terbujur 
Tak rela aku berpisah 
Dari cinta ku yang satu 

Dan Rajawali 
terbang tinggi 
Rajawali terbang tinggi.................terbang 
 
 
 

 
 
 

YANG BERTAHTA AKHIRNYA
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Kita tak lagi sehaluan 
Bukan sebagai yang diimpikan 
Rupanya di saat-saat yang genting ini 
terjawab jua persoalan 

Dan kita terpaksa memilih 
Jalan yang telah ditentukan 
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya 

Kesan cinta 
membakar, menghempas, mencabar 
Keteguhan hati 
Dalam nostalgia cinta 
Membakar, menghempas, mencabar 
dan harus ditelan walau pun pahit 

Tidakkah kita yang berkata 
Cinta tak mesti bersatu 
Apa benarkah itu 
Atau kata-kata yang tak bermakna 

Dan mereka jua yang berkata 
Tiada yang lebih pedih 
Tiada yang lebih menyeksa 
Dari cinta yang tak sampai ooooooooh 

Dan akhirnya 
cinta jua yang bertahta 
menyuluh dalam kegelapan 
Dan akhirnya 
cinta jua yang bertahta 
menyatukan kita dari terpisah 
oleh cinta palsu 
 

 
DEMI MASA
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Aku telah melihatnya 
Aku telah mendengarnya 
Tak perlu engkau 
Kejutkan aku 

Tidakkah kau mengerti 
Hidupmu dalam teka teki 
mencari kebenaran 

Yang sedikit tapi payah 
Jika kau mengejar yang lain 
Merindui kilauan emas 
tapi alpa dengan yang mencipta 

Demi masa! 
Manusia sentiasa dalam rugi 
melainkan mereka yang tahu 

Engkau sering bermusuhan 
Hanya tentang kebenaran 
Sedang engkau masih keliru 

Bagaimanapun jua 
engkau mesti berjalan 
walau harus tersesat dan luka 
Dan berpindahlah engkau insan 
Dalam putaran hidup ini 
hingga saatnya kau bertemu 
Dalam satu pertemuan yang sejahtera 

Hanya mimpi 
Kata mereka yang rugi 
hanya mimpi 
mereka yang tak mahu mengerti (percaya) 
Dan tak peduli (mengerti) 

Jika kelak 
kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi 
Ku harap kau memahami 
Keadaan ku dan mungkin 
Kau ingin bersamaku 
Bersama bermimpi dalam kenyataan 
Yang satu 

Semakin mendalam 
Hanya ku yang tahu 
Perasaan hati nurani 
Mungkin kau kan bertanya 
Siapa kah dirimu 
Apakah destinasimu 

Apakah ada yang lain 
Dari peganganmu yang ada 
atau mungkin perjalananmu 
tamat di sini dan tiada lagi 
 

SEMAKIN NYATA
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Rasanya semakin jelas 
Ingatan yang pernah terkikis dek zaman 
Masa bersanding berdua 
Dalam mimpi bagaikan nyata 

Dan semakin nyata 
harum mu sayang 
Ku ingin menatapi wajah mu.....sayang 

Bila ku pakai baju hadiahmu 
Hilanglah dingin malam biru 
Seakan terpatri menjadi tubuhku 
Dan cintaku abadi 
hanya untukmu 

Dan jika ku diberi pilihan 
Sayang 
Antara seluruh harta dunia dan 
engkau.... sayang 
Sedikit pun tak berganjak 
sayang, 
Kau tetap... 
kau tetap pilihan 
sayang 

O...oooooo Ooooo..... 
Oooooo..... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
SELOKA JEGELA MELAYU 
(Lagu : M.Nasir / Senikata : Loloq)

Kini sampai waktunya 
kita beriztiharah 
selepas penat berhempas pulas 
Meredah kehidupan 
abad ke dua puloh 
yang mengancam dan mencabar 
 
Puas kita berfikir 
puas kita berikhtiar 
Mengaji dan mengkaji 
ilmu timur dan barat 
Ke mana hilang lenyap 
ayat inspirasi mu 
Lambang kesedaran hakiki 

Insan insan 
Insan insaf 
Insan sedar 
Insan sedar 

Sia-sialah bahasa yang indah 
Tanpa berbudi pekerti sejati 

Tamsilkan ia 
ibarat yang mudah 
dari seloka jegela melayu 
Moga berjaya 
 

PADANG LALANG
(Lagu : M.Nasir / Senikata : Bob)

Langit telah pudar 
menutup bumi 
Cinta yang dulu ada 
antara berlari 
Ketika impian dikatakan igauan 
Peperangan yang ngeri 
kita di dalam 
derita 

Dalam padang lalang 
Medan asmara 
Cinta jadi bunga memutih warna 
Dan bagai resmi lalang 
kau tunduk membisu 
Di sini tergugur sikembang cina 

Ditimbus sakura 
Bunga lalang merah 
sepi 
Menjerit cinta hampa 
menangis hiba 
terhampar tenang padang lalang 
Terbang ditiup angin 
Putus tangkai mu 
Dan lalang itu tunduk 
tanpa pengorbanan 
 
 

 
SAYEMBARA HIDUP
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Menang mu tidak bererti 
Jika lawan mu bukan tandingan 
Jika kau mengaku kuat 
Jika kau mengaku pintar 
Kau masih dalam kekalahan 

Dalam sayembara 
Sayembara hidup 

Dalam menang semua tempuhi 
Kecundang dan bangun lagi 
Hingga bisa kau kalahkan 
Ego mu yang kau sangka kawan 
Kau masih dalam kekalahan 

Dalam sayembara 
Sayembara hidup 
Dalam sayembara 
Melawan ego mu 
(ego mu, ego mu, ego mu, ego mu) 

Lawan untuk hidup 
Hidup mesti lawan 
Hingga ego mu kau kalahkan 
 
 
 
 

BIARKAN LUNCAI TERJUN
(Lagu & Senikata : M.Nasir)

Kita, kita 
bukanlah mereka 
Mereka, mereka 
bukanlah kita 
Haruskah kita jadi mereka, mereka jadi kita 
Revolusi atau hanya 
nafsi nafsi 

Kita, kata kita mengelamun 
Kita, kata kita jakun 
Kuno pasif dan iri hati 
Malas pula boleh dibeli 
Suka berpolitik 

Kau dan aku, kita 
berdiri di persimpangan 
Kau di persimpangan 
Kau dan aku kita 
Dalam kemelut dan kekalutan 

Biarkan luncai terjun dengan labu labunya 
Biarkan biarkan 

Mabuk, amuk dan merajuk 
Itukah cogankata kita 
Yang diwarisi dari Pak Tua 
dari Pak Tua 
 

 
FALSAFAH CINTA
(Lagu : M.Nasir / Senikata : Bob)

Bila hadir kasih sayang 
tanda cinta sudah berakar 
Terkadang buta hidupmu 
Terkadang semangat gelora 

Rasa cinta kepada keindahan 
Tanda yang peka pada kejadian 
Berdiri di atas kehendak keamanan 
Kedamaian 

Cinta menciptakan rindu 
juga membuat kita sendu 
Semangat terbakar hangus 
Hidup mesti terus 

Kerana cinta dunia mu berperang 
Itu cinta sesat di perjalanan 
Demi cinta kita terlupa dunia 
Kesesatan 

Marilah kita bersama terus bercinta 
menjadi cermin untuk manusia 
Hentikan tangisan rindukan ketenagan 
Cinta ini penuh keindahan 
Kasih dan sayang