ALBUM KEMBARA - $$$$$$$Duit

DI MANAKAH DIKAU
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Dalam sepi dan bisu
Terpaku langkah ku
Terbaring dalam duka
Menyiksa batinku

Sehari mengharum
Indah di jambangan
Tapi sekelip mata
Musnah dari pandangan

Di dalam sunyi
Wajah mu terus menghilang
Berganti pada
Wajah senja yang malang
(Akulah yang malang)

Tinggallah aku
Dalam kebingungan
Tinggallah aku
Dalam kedahagaan

Di manakah dikau
Di manakah dikau
Di manakah dikau sayang
Aku dalam kesunyian
 

HARAPAN TERAKHIR
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Sampai begini hatimu
Meninggalkan ku sendiri
Dalam gelora kerinduan
Tinggal secebis harapan

Belum ku kenal hati mu
Berikanlah daku waktu
Apa salah dan dosaku
Hingga kau pergi menjauh

Kembali, kembali
Kembalilah sayang
Kembalilah segera

Harapan terakhir ini
Ku sandar pada mu
Sambutlah tangan ku ini
Agar hilang hati pilu
Bersama menuju cita
Impian kan jadi nyata
 

HUJAN RINDU
(Lagu : M.Nasir/Senikata : S.Amin Shahab)
Hujan rindu landa kalbuku
Waktu sepi waktu bermimpi
Daku jauh dalam perantauan
Namun kasih mekar subur dalam hati

Sambutlah salam kerinduan
Dalam setiap titis hujan
Katakan pada rambulan
Engkau masih tetap setia

Seribu wajah kota
Dengan sejuta kata
Takkan sama bisikan cintamu
Tunggu sampai aku pulang
Duhai sayang
 

GADIS BERPURDAH HITAM
(Lagu : M.Nasir / Senikata : S.Amin Shahab)
Melintasi lampu isyarat
Di bawah bangunan berpuloh tingkat
Di tengah-tengah kota
Yang megah

Sedang aku mencari erti
Apa itu indah, apa itu suci
Lalu melintas gadis berpurdah hitam

Ingin ku tanya
Ke mana arahnya
Mungkinkah ada jawapan di sana

Sampaikan, sampaikan
Utusan mulia
Sampaikan, sampaikan
Itu jawabnya

Duhai gadis berpurdah hitam
Lambang keimanan
Cahaya kesucian
Bawalah aku ke arah tujuan

Ertinya indah
Kalau beribadah
Ertinya suci
Bersih kan diri
 

PUTAR ALAM
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Ya eya eyo,eya eya eyo (3x)
Kalau bertemu seorang yang berkumis
Bijak bercakap dengan mulut yang manis
Pakai safari dan bersepatu putih
Bergigi emas, minyak wangi sebaldi

Dia putar alam, putar putar alam (3 x)

Ada saja pelan di kepala
Hendak memutar cara bagaiman
Modal tak pakai
Tapi untung besar
Tipu muslihat jalan paling “selamat”

Jaga jaga
Dia putar alam, putar putar alam (3 x)
 

ROZITA
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Lemparkan senyumanmu
Pada cahaya mentari pagi
Mungkin kau tak mengerti
Akan misteri hidup ini

Lupakah
Pada janji mu dulu
Dan pulang pada tempat asal mu

Rozita kau jelita
Dan gaya mu mempersonakan
Gerak mu yang memberangsangkan
Pasti bisa meruntuhkan iman

Penggoda
Jangan dekat padaku
Penggoda
Aku takutkan jatuh

Apa maksudmu dengan isyarat itu
Gerak bagai ular sawa
Senyum di bibirmu sungguh berhantu
Siapa saja yang tergoda
Akan ikut ke rumah

Kau penggoda
Jaga! Jaga!
Jangan sampai kecewa

Uuuuuuuu…
Rozita, Rozita, Rozita, Rozita, Zita

Tak tahu mengapa kau begini
Pasti ada sebabnya
Walau apa pun yang telah terjadi
Jangan aku
Ku tak mahu
Engkau jadikan mangsa
Kau penggoda, jaga jaga
Jangan sampai kecewa
 

BALADA PELAUT DERITA
(Lagu : Md Shah Othman / Senikata : Salim)
Akulah pelaut derita
Hidup dihempas ombak samudera
Namun tak ku hiraukan semua
Semua cubaan yang melanda
Pada hidup seorang pelaut

Pusaka peninggalan ayahku
Hanya sebuah harmonika tua
Namun bisa masih menghiburkan
Bila kesedihan
Mengenangkan di rantauan

Di mana tanah yang ku jejaki
Di situlah ku panggil rumah
Aku hanyalah sebatang kara
Mengadu nasib pada yang Kuasa

Lihatlah! Teman-temanku
Sang angin dan laut
Ku berdiri di samping kemudi yang setia

Cinta yang jauh batu
Hatiku rindu bertambah pilu
Adakah dia masih sayang
Bagaimana aku mengenangkannya
 

MENCURAH JANJI KE DAUN KELADI
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Dengan mudah
Kau lepaskan kata-kata
Hingga aku terpesona
Dibuai gelora
Cinta dan asmara

Gitu halus
Lembut dan indah sekali
Rupa-rupanya diselimuti
Duri hingga aku
Dikau lukai

Butakah aku dalam cinta
Hingga aku diperbudak budakkan
Miskinkah aku dalam cinta
Hingga menjadi barang buangan
Tahulah aku sekarang
Siapa kau sebenarnya

Tiada aku
Sangka sama sekali
Kau hanya mencurah janji
Di daun keladi
Sungguh tak bererti
 

PANORAMA JINGGA
(Lagu : M.Nasir / Senikata : S.Amin Shahab)
Oooo terbayang nyiur melambai
Memanggil aku pulang
Terbayang kampung halaman
Oh! terkenang

Bagai sebuah lukisan
Tiada bertepi terpamer indah
Di sudut hati
Jingga warnanya

Tersangkut bulan sabit
Di puncak rumbia indah cahaya
Menyinari paya
Desa tercinta

Anak dagang di rantauan
Di tengah kota besar
Dengan cita-cita yang tinggi
Setinggi Dayabumi

Mencuba nasib
Mainan nak muda
Kalau tak cuba
Takkan ke mana

Jingga
Hatiku jingga
Di waktu senja
Di tengah kota

Rindu
Pada desa
Rindu pada
Orang di sana
 

DUIT
(Lagu / Senikata : M.Nasir)
Ada yang panggil Ringgit
Ada yang panggil Ddolar
Ada yang panggil Baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit duit di mana kau duit
Duit duit
Duit duit, hutang ku membukit
Duit duit

Ada yang benci duit
Ada yang suka duit (bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit duit duit duit
Duit duit, duit beli duit
Duit duit duit duit
Duit duit, buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Takde duit diri tersepit
Tapi jangan sampai jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
 

SESAT DI KUALA LUMPUR
(Lagu /Senikata : M.Nasir)
Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami ucapkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita akan temui
Kebahagian di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan kebahagian
Mungkin kita kan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
 

BALADA OSMAN TIKUS
(Lagu/Senikata : M.Nasir)
Hey Brader bukan aku nak mengada-ngada
Tapi kau tau aku pun
Punya rasa
Ha….ha…ha….haru (2x)

Tak peduli aku tetap aku
Tak peduli apa kata mu
Orang boleh kaya dengan menipu
Hey brader! Bagaimana aku?

Kau nak halang aku
Halang mereka dulu
Tiada undang-undang dalam hutan batu
Ha….ha…ha….haru (2x)

Aku akan lari kalau kena kejar
Siapa yang bijak jadi orang besar
Jangan kau sedih, jangan gusar
Hey Brader, kita mesti terus hidup
Haru (4x)

Oh! Aku hidup tanpa subsidi
Tak tahu besok hidup atau mati
Jangan kau sedih jangan gusar
Hey brader kita mesti terus hidup
Haru (4x)